Saturday, 27 August 2011

Ramadhan Yang Kian Melangkah Pergi~

Salam Ramadhan Kareem, Salam Aidilfiti yang bakal dirai..

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk menikmati Ramadhan sehingga ke hari ini. Hari-hari terakhir di bulan mulia, Ramadhan yang meniti kepada Syawal yang mula bertamu. Segalanya menyaksikan kegembiraan perantauan yang pulang ke kampung halaman, kegembiraan ibu bapa menyambut anak-anak yang lama tidak bertemu, segalanya terlakar tatkala Syawal menjelang.

Tempoh sebulan yang Allah beri pada kita, hamba-hambaNya untuk berpuasa, kini telah hampir kepada penghujungnya.. Ya Allah, sungguh tak terasa..  Dalam sibuk bergerak kerja, kini Ramadhan pula kian melangkah pergi..Berhargakah dan benar-benar dimanfaatkan kah Ramdhan pada kali ini? Ya Allah, aku mengharapkan keampunan Mu.

Sayu, sedih,...Berbagai-bagai perasann yang terpahat. Dapatkan lagi bertemu Ramadhan akan datang? Hanya Allah mampu memberi kepastian. Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan akan datang..



Syawal yang bakal tiba menyaksikan kemenangan Umat Islam pada hari ini, Semoga kehadiran Syawal tidak melupakan kita pada Ramadhan yang berlalu pergi. Pengharapan pada Ramadhan akan datang terus terpalit di hati, InsyaAllah.

p/s~ Ramadhan kian berlabuh, meninggalkan kita pada kali ini, Syawal pula datang bertamu, membawa kejayaan untuk kita rai. Semoga bertemu Ramadhan akan datang, InsyaAllah.

Monday, 8 August 2011

Belajar untuk Berlapang Dada

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Selamat Pagi.! Mulakan hari ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan membuatkan hari-hari anda lebih bermakna.!

Setting minda anda untuk dilapangkan pada hari ini, adjust perasaan anda untuk menjadi lebih tenang dan damai serta practic diri anda untuk bertindak sesuai mengikut keadaan pada hari ini..semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Memulakan hari dengan berbagai-bagai perasaan, mampukah kita mengawal perasaan tersebut?? Persoalan yg juga sy tuju kepada diri sendiri.! Antara benda yang perlu kita lakukan dalam meniti hari-hari kita adalah dengan berlapang dada...namun,berlapang dada bukanlah perkara mudah dilakukan sepertimana kita mampu untuk katakan... Perkara yang hakikatnya sukar untuk dilakukan dalam satu-satu situasi....dan kadang kala, mnjadi lebih sukar dengan org yang rapat dengan kita dan dalam situasi yang kita sudah terbiasa...Tpi, dgn berlapang dada jugak lah, sesuatu perkara tu dpt menjadi lebih baik...

Berlapang dada mengajar kita sebagai manusia supaya mengetepikan syak wasangka kita pada manusia lainnya...Mengajar kita untuk berfikiran lebih optimis, memberi ruang untuk minda kita berfikiran lebih terbuka, membantu kita untuk berfikiran positif terhadap diri sendiri serta org lain dan persekitaran.. Melatih diri untuk menerima pandangan orang lain dalam masa yang sama berfikir dengan cara yang terbaik...Berlapang dada hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang tanpa mengusutkan fikiran dengan prasangka yang hanya akan mendatangkan mudarat...
 

Berlapang dada juga mengelakkan berlakunya persengkataan, permusuhan, dendam serta mengurangkan ketidakpuasan hati sesama manusia...saling bermaafan sesama manusia serta mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama Islam...

Memang diakui, berlapang dada bukanla perkara mudah, namun tidak bermakna ia tidak mampu untuk dilakukan.! Ayuh, bersama-sama kita melatih diri dan mempraktikkan diri untuk berlapang dada terhadap sesama manusia...semoga dengan sikap yang lebih baik ini, hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya...InsyaAllah..

p/s~Perkara susah adalah tidak mustahil untuk dilakukan...kadangkala ia adalah satu cabaran untuk kebaikan...optimis.! =))

Thursday, 7 July 2011

Hari Itu Telah Tiba.!

Alhamdulillah, genap 20 tahun diberi ruang dan peluang utk menikmati kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini...
Persoalannya,
  • Apa yg telah dilakukan sepanjang tempoh itu
  • Apa perancangan yg ingin dilakukan utk masa mendatang
  • Perancangan belajar?
  • Perancangan kerja?
  • Perancangan Kahwin?? errrkk.! 
yg penting, perancangan sbg hamba Allah...apa yg akn dilakukan pd diri sndiri dan persekitaran.....



dari seorang baby kecil (bukan dalam gmbar, hehe) dilimpahi dengan kasih syg oleh mereka2 yg melahir, menjaga, melatih serta membesarkan diri ini..Alhamdulillah...

Mama tkseh sbb melahirkan dan membesarkan anak mama yg sorg ni sehabis baik...
Ayah, tkseh sbb menjaga dan melatih anak ayah yg nakal ni dr kecik smpai besar..
MAMA n AYAH, tkseh sbb mnjadi MAMA n AYAH terbaik....syukran ila Allah utk nikmat yg Allah bg pd sy...Alhamdulillah....

kpd kembar2, Fatheza n adik ieyra, slmt menyambut hari tua...smga mncapai apa yg dihajati dunia dan akhirat, InsyaAllah... =))



p/s~tahniah dan takziah utk kita2 yg smakin hari smakin tua di dunia, dan smakin kurang umur utk  hidup di dunia...*muhasabah*

Sunday, 3 July 2011

Meniti Hari-Hari Esok~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, masih mmpu utk bernafas di muka bumi Allah..
Esok, Lusa, Tulat....
Hanya Allah tahu bila kita akan terus diberi peluang untuk menghirup udara segar milikNya...

Terus bertapak dengan amanah dan tanggungjawab yg terpikul di bahu..
Yang setiap satunya akan dipersoalkan kelak...
Ujian yang berat, namun Allah menguji dengan kemampuan...




Dalam kehidupan seharian,
Perancangan demi perancangn diatur, 
semoga segalanya berjalan lancar....
Apa2 pun terjadi, Allah lah sebaik-baik perancang....
Semoga terus tabah menghadapi hari-hari mendatang...
InsyaAllah....

La Tahzan~ Innallaha ma'ana....


p/s~coretan kosong di kala semua lena di buai mimpi...