Saturday, 27 August 2011

Ramadhan Yang Kian Melangkah Pergi~

Salam Ramadhan Kareem, Salam Aidilfiti yang bakal dirai..

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk menikmati Ramadhan sehingga ke hari ini. Hari-hari terakhir di bulan mulia, Ramadhan yang meniti kepada Syawal yang mula bertamu. Segalanya menyaksikan kegembiraan perantauan yang pulang ke kampung halaman, kegembiraan ibu bapa menyambut anak-anak yang lama tidak bertemu, segalanya terlakar tatkala Syawal menjelang.

Tempoh sebulan yang Allah beri pada kita, hamba-hambaNya untuk berpuasa, kini telah hampir kepada penghujungnya.. Ya Allah, sungguh tak terasa..  Dalam sibuk bergerak kerja, kini Ramadhan pula kian melangkah pergi..Berhargakah dan benar-benar dimanfaatkan kah Ramdhan pada kali ini? Ya Allah, aku mengharapkan keampunan Mu.

Sayu, sedih,...Berbagai-bagai perasann yang terpahat. Dapatkan lagi bertemu Ramadhan akan datang? Hanya Allah mampu memberi kepastian. Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan akan datang..



Syawal yang bakal tiba menyaksikan kemenangan Umat Islam pada hari ini, Semoga kehadiran Syawal tidak melupakan kita pada Ramadhan yang berlalu pergi. Pengharapan pada Ramadhan akan datang terus terpalit di hati, InsyaAllah.

p/s~ Ramadhan kian berlabuh, meninggalkan kita pada kali ini, Syawal pula datang bertamu, membawa kejayaan untuk kita rai. Semoga bertemu Ramadhan akan datang, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment